Friday, August 28, 2009

budak budak koir !


19 Ogos 2009
Dewan Besar
9.00 pagi
Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Tema : 1 MALAYSIA
"Perpaduan Antara Kaum Di Malaysia "


Hari tersebut merupakan hari yang sibuk bagi badan pengawas. Terutama sekali prefect tingkatan 4 la.Tepat jam 9 pagi, ketibaan tetamu kehormat tiba lalu pemeriksaan perbarisan unit beruniform dijalankan yang diketuai oleh Abdullah dari unit beruniform bomba. Macam macam aktiviti bakal diadakan pada bulan patriotik ini .
Antaranya :
  • Teng-teng
  • kavadi
  • bola kampung
  • permainan misteri
  • pertandingan mereka blog
  • koir
  • pertandingan essei
  • kelas dan blok paling patriotik
  • sketsa merdeka
  • meja guru paling patriotik


setelah selesainya pemeriksaan perbarisan ucapan dari guru penolong kanan diikuti oleh ucapan tetamu kehormat lalu merasmikan bulan kemerdekaan ini.
Sebelum itu,para pelajar dihiburkan dengan persembahan koir dari pelajar tingkatan 4 .
ini yang bangga ni. maklum la ! batch sendiri kan? hahahhaha ;)
persembahan nyanyian "satu suara" dari mereka sangat mantap !
koir ini telah menghangatkan suasana di dewan. (menari-nari) itu yang menarik !
penutup pula diakhiri dengan nyanyian lagu " warisan" dan " jalur gemilang ".
Terima kasih kepada aimi dan haziq sebab telah handle koir ini dengan cemerlang !

walaubagaimana pun ,semuanya berjalan dengan lancar .Alhamdullilah !
Cikgu semua pun suka ;)













Puasa, puasa, puasa

Disebabkan tahun ni kita sambut merdeka time bulan puasa, kita punya PM cakap kita takkan sambut dekat dataran merdeka.Bagi kami, memang baguslah kan??Sebab kita nak hormat bulan Ramadhan Al-Mubarak ni.Memangla merdeka tu penting tapi mana lagi penting, duniawi ke akhirat?Ha!!Jawab2x..Lagipun, time sambutan tu memang orang betul-betul manfaatkan maksud kemerdekaan tulah iaitu KEBEBASAN.Ish3x.Malas la nak cerita panjang-panjang.Macam-macam adegan ada kat dataran tu, dengan polis jumpa kondomnye, botol arak lagi.Nasib baiklah tahun ni tak de dah sambutan.Ada hikmahnya lah kan.Disebabkan tahun ni, tak dapat pergi dataran merdeka nak sambut, korang tengok jer la dataran merdeka ni dalam blog kami.Hehehe.


Thursday, August 27, 2009

Monumen!!Aduih,penatnya..


Time prefect buat perjumpaan dekat bilik tv, tak terfikir pun nak buat monumen 1 Malaysia ni..
Tiba-tiba, Syida(si ketot) tu yang cadangkan.Mula-mula fikir susah jugak kan??Tapi hasil usaha semua prefect,oppss!!bukan semua,hehe,,akhirnya monumen gah berdiri.Tengok memangla macam senang nak buat tapi ......Mula-mula kena beli bungalah,colour kan kotak tulah, lepas tu gamkan bunga baru dirikan dia(monumen tulah).Tapi merdeka kan sekali setahun, apa salahnya berkorban kan3X?Lagipun,alhamdulillah ramai cikgu yang suka..

Wednesday, August 26, 2009

Hotfm Lagu Satu Malaysia Kita !


Undi! Undi! Undi!
10 lagu terbaik telah dipilih.Kini giliran kita sebagai rakyat Malaysia untuk memilih.Pengemuman pemenang akan dibuat pada 2 September 2009.Senarai lagu adalah seperi berikut:

1.Satu
Komposer:Shazee
Artis: Tomok
2.Sehati Sejiwa
Komposer dan artis:Dr. Gerard Singh
3.Keranamu Hatiku Malaysia
Komposer:LEad
Artis:Manis
4.Satu Malaysia
Komposer:Aubrey Suwito
Artis:Dato' Siti Nurhaliza
5.Nyanyikan Lagumu
Komposer:Ng Ching Ching dan Wong Seng Jinn
Artis:Maya Karin
6.Lagu Rakyat Satu Malaysia
Komposer:Norm Aidid
Artis:Rida
7.Inilah Malaysia
Komposer:Taja MUH
Artis:Jaclyn Victor dan Arch Little Danielle
8.Perpaduan Satu Malaysia
Komposer dan Artis:Alex
9.Kami Anak Malaysia
Komposer:AShroff Shariff
Artis:Noh,Lah Ahmad dan Shila
10.Malaysia Satu
Komposer:Audi Mok
Artis:Faizal Tahir

Cepat,cepat,cepat..
Undi!Ni lagu untuk negara kita.
OK,ok,ok,ok..
Selamat mengundi..
Tata..

Monday, August 24, 2009

Definisi SATU MALAYSIA


DEFINISI

Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

2.1 Huraian
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :

2.1.1 Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing.

Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.

Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

2.1.2 Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia

“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.

Melalui konsep 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

one Malaysia!!satu Malaysia!!



PENGENALAN


Rakyat Malaysia
terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

Sunday, August 23, 2009

Satu Malaysia = Satu Suara ;)

Satu Suara !







Satu Suara Satu Komuniti Satu Persatuan !


merupakan satu inisiatif kerajaan dalam mengawal semua aktiviti dalam golongan belia dengan

hasrat dan matlamat ke arah satu gagasan ~




wana . qill . isha welcome you all with this great video from our malaysian artists. Enjoy it ;)